Thursday, December 31, 2009

Sunday, December 27, 2009

Wednesday, December 23, 2009

DOA SEORANG HAMBAMU..

Ya ALLAH ..
Jika ada hambamu yang benar untukku atau mencintaiku, kau dekatkanlah hati hambamu itu kepadaku.
Jika ada hambamu yang membenci ku dan dendam kepadaku, kau jauhilah mereka daripadaku dan biarlah mereka akan menyayanggiku seperti orang yang selalu menyayanggiku..
Jika ada hambamu yang aku cintai itu padahal hambamu itu tidak pernah mencintaiku kau jauhilah hatiku ini untuk mencintainya ..
Jika ada hambamu yang mencintaiku padahal aku tidak pernah mencintainya, jangan lah kau beri mereka benci kepadaku dan kau berilah hambamu itu pasangan yang boleh memahami nya dan dia dapat mencintai pasangan nya itu..
Jika aku mencintai seorang hambamu padahal hambamu itu tidak pernah mencintaiku, kau berilah hatiku dengan orang yang betul-betul cintaiku..
Ya ALLAH..
Jika AKU ADA UMUR YANG PANJANG, kau jododkanlah hambamu ini dengan orang yang berilmu dan orang yang mengikut amalan nabi Muhammad SAW mahu pun yang iklas kepadamu dan kepadaku untuk mencintaiku , dan sesungguh nya aku juga mencintainya, kau mudahkanlah hambamu untuk membina masjid yang bahagia dan sertakan lah kami zuriat yang soleh dan solehah ..
Jika AKU SUDAH TIADA DIDUNIA INI, kau jagalah suami ku yang soleh dan anakku yang soleh dan solehah itu bahagia..
Jika suamiku bertemu dengan orang yang betul-betul boleh menjaganya sepertiku dahulu kau jodaohkanlah suamiku kepada hamba mu yang engkau berikan itu..
Ya ALLAH..
kau permudahkanlah mereka untuk menghadapi semua dugaanmu dengan redha..
Dan kau berjayakanlah mereka didunia dan akhirat ..Ya ALLAH kau berilah mereka kekuatan MENGHADAPI UJIAN MU DAN sentiasa bertaubat kepadamu..

Thursday, December 17, 2009

JANGANLAH MENGERASKAN SUARA MELEBIHI SUARA SUAMIMU..

RASULULLAH SAW bersabda:
"Isteri manapun yang mengeraskan suara melebihi suara
suaminya, maka dia akan mendapat laknat dari segala
sesuatu yang disinari mata hari."

SELALU MENUNAIKAN HAK SUAMI..

RASULULLAH SAW bersabda:
"Sesunguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah
besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah
suaminya,lalu dijilat isterinya, masih belum juga terbayar
hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan
sujud kepada manusia, nescaya aku akan perintahkan si isteri
untuk sujud kepada suami."

SUARA YANG PALING SUKA DIDENGAR OLEH ALLAH...

"Allah Yang Maha Kuasa mendengar dengan penuh
minat kepada suara pembaca alquran lebih daripada
seorang tuan yang mendengar suara hamba perempuan
yang menyanyi ."

SUARA YANG PALING SUKA

IBU BAPA YANG BERUNTUNG..

RASULULLAH SAW bersabda:
"Barangsiapa yang membaca alquran dan beramal de-
ngan apa yang terkandung didalamnya, kedua ibu bapanya
akan dipakaikan dengan mahkota pada hari kiamat yang
sinarnya akan melebihi daripada cahaya matahari jika
sekiranya matahari itu berada didalam rumah-rumah
kamu didunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimmana pula
orang dirinya sendiri mengamalkan dengannya..

PAHALA BAGI ORANG YABG MENDENGAR BACAAN AL QURAN...

SABDA Rasulullah SAW:
"Barangsiapa mendengar satu ayat daripada al quran ,
akan dituliskan untuknya dua kali ganda kebaikan dan
barangsiapa membacanya (satu ayat) ,ia akan menjadi nur
kepadanya pada hari kiamat...

PAHALA BAGI ISTERI YANG MEMELIHARA ANAK..

"Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puas dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan allah, dan jika ia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangan disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti, pabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. pabila si ibu berjaga malam(kurang tidur kerana anak ) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah...

Wednesday, December 16, 2009

SEBAB-SEBAB YANG MEMASUKKAN WANITA KE DALAM SYURGA..

RASULULLAH SAW bersabda:
"Apabila seorang wanita mendirikan solat yang lima,berpuasa pada bulan Ramadhan,memelihara kemaluanya dan mentaati suaminya, maka dia masuk syurga dari pintu-pintu syurga mana pun yang dikehendakinya".
(HR.Ibn Hibban).

AL-QURAN SEBAGAI PEMBELA DI AKHIRAT

Abu Umamah r.a.berkata "Rasul telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran dan kemudiaanya Rasul memberitahu tentang kelebihan
Al-Quran.
Kelebihan orang yang membaca Al-Quran orang tersebut diberi kerajaan disebelah tangan kanan dan kekal di tangan kirinya,kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Kepada kedua ibubapanya yang muslim diberi perhiasan yang tak dapat bertukar dengan dunia walau dilipat ganda.."