Wednesday, December 23, 2009

DOA SEORANG HAMBAMU..

Ya ALLAH ..
Jika ada hambamu yang benar untukku atau mencintaiku, kau dekatkanlah hati hambamu itu kepadaku.
Jika ada hambamu yang membenci ku dan dendam kepadaku, kau jauhilah mereka daripadaku dan biarlah mereka akan menyayanggiku seperti orang yang selalu menyayanggiku..
Jika ada hambamu yang aku cintai itu padahal hambamu itu tidak pernah mencintaiku kau jauhilah hatiku ini untuk mencintainya ..
Jika ada hambamu yang mencintaiku padahal aku tidak pernah mencintainya, jangan lah kau beri mereka benci kepadaku dan kau berilah hambamu itu pasangan yang boleh memahami nya dan dia dapat mencintai pasangan nya itu..
Jika aku mencintai seorang hambamu padahal hambamu itu tidak pernah mencintaiku, kau berilah hatiku dengan orang yang betul-betul cintaiku..
Ya ALLAH..
Jika AKU ADA UMUR YANG PANJANG, kau jododkanlah hambamu ini dengan orang yang berilmu dan orang yang mengikut amalan nabi Muhammad SAW mahu pun yang iklas kepadamu dan kepadaku untuk mencintaiku , dan sesungguh nya aku juga mencintainya, kau mudahkanlah hambamu untuk membina masjid yang bahagia dan sertakan lah kami zuriat yang soleh dan solehah ..
Jika AKU SUDAH TIADA DIDUNIA INI, kau jagalah suami ku yang soleh dan anakku yang soleh dan solehah itu bahagia..
Jika suamiku bertemu dengan orang yang betul-betul boleh menjaganya sepertiku dahulu kau jodaohkanlah suamiku kepada hamba mu yang engkau berikan itu..
Ya ALLAH..
kau permudahkanlah mereka untuk menghadapi semua dugaanmu dengan redha..
Dan kau berjayakanlah mereka didunia dan akhirat ..Ya ALLAH kau berilah mereka kekuatan MENGHADAPI UJIAN MU DAN sentiasa bertaubat kepadamu..

No comments:

Post a Comment